Majukan Pantai Siring sebagai mercu tanda Jasin

pantai-siring

JASIN: Pantai Siring di negeri Hang Tuah yang kini menjadi lokasi tumpuan ramai perlu dimajukan lagi dari segi pengisian program dan infrastruktur yang dapat menambah tarikannya.

Ahli Parlimen Jasin, Tuan Guru Zulkifli Ismail berkata, adalah menjadi harapan beliau sebagai Ahli Parlimen kawasan tersebut agar pantai berkenaan dapat menjadi salah satu mercu tanda penting bagi Parlimen Jasin ini.

“Sepanjang saya diberi kepercayaan untuk memimpin rakyat Jasin saya melihat ada beberapa tempat yang sekiranya dibangunkan akan menjadikan Parlimen Jasin ini setara dengan parlimen-parlimen lain terutamanya Parlimen Tangga Batu dan Kota Melaka ataupun Hang Tuah Jaya.

“Banyak perkara yang boleh kita lakukan. Saya berharap insya-Allah, usaha yang dilakukan nanti akan mendapat pertolongan daripada Allah SWT,” ujar beliau.

Tuan Guru Zulkifli yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Melaka berkata demikian semasa berucap merasmikan penutup program Cintai Pantai Kita Siri 2 anjuran Pertubuhan Amal Prihatin Melaka dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jasin yang berlangsung di Pantai Siring, di sini.

Turut hadir ialah Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) PAS Melaka, Jamarudin Ahmad.

Program membersihkan Pantai Siring pada Ahad lalu itu melibatkan lebih 120 peserta daripada pelajar-pelajar sekolah seperti pondok pengajian Ibnu Talib, pondok Tuan Guru Haji Husin, SK Paya Rumput, dan beberapa institut pengajian tinggi (IPT) berhampiran, serta turut mendapat kerjasama SWCorp Jasin dan Majlis Perbandaran Jasin.

Mengulas tentang program ini, Tuan Guru Zulkifli berkata bahawa sikap menjaga kebersihan amat penting terutama bagi kawasan tumpuan pengunjung seperti di Pantai Siring ini yang mana orang ramai datang untuk melepaskan lelah dan bergembira bersama keluarga.

Penjagaan kebersihan Pantai Siring itu menurutnya bukan sekadar dari sudut kebersihannya, tetapi termasuk dalam konteks susun aturnya serta program-program yang disediakan kepada pengunjung-pengunjung pantai berkaitan.

“Insya-Allah, kita berharap Pantai Siring ini akan menjadi mercu tanda di antara mercu tanda mercu tanda yang ada di Parlimen Jasin ini.

“Apabila mereka datang ke Pantai Siring ini mereka dapat melepaskan lelah mereka datang dalam suasana yang sangat bersih,” katanya.

Sikap menjaga kebersihan amat penting terutama bagi kawasan tumpuan pengunjung seperti di Pantai Siring ini.

Sementara itu Pengerusi NGO Pertubuhan Amal Prihatin Melaka, Ustaz Mohd Hafiz Yahya berkata program tersebut dijalankan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga kebersihan terutamanya di kawasan tumpuan orang ramai seperti pantai.

Program berkenaan, ujar beliau lagi, merupakan satu inisiatif untuk kita bersihkan pantai dan juga memupuk diri kita sendiri membina inisiatif menanamkan diri kita untuk menjaga kebersihan

“Mana mungkin peserta yang hadir pada program (membersih pantai) hari ini, tetapi esok dia datang dia nak buang sampah (merata-rata)? Tak mungkin.

“Sebab dia dah rasa bagaimana mengutip sampah, bagaimana caranya kita ambil pengajaran,” katanya.

Sumber : https://harakahdaily.net/index.php/2023/01/31/majukan-pantai-siring-sebagai-mercu-tanda-jasin/

Majlis Perbandaran Jasin,
Vista Alamanda,
77000 Jasin, Melaka.

G : 2.29484, 102.41080

T : +606 - 333 3333
C : +606 - 529 5555
F : +606 - 529 3537
E : info@mpjasin.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 28 Februari 2024, 04:08:19.
00646640

Penafian : Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini pelayar Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1366 x 768.

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Jasin

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

MELAKAPAY

privasi

Premis Bercukai di kawasan Majlis Perbandaran Jasin