Dasar Privasi

Image

Majlis Perbandaran Jasin ("MPJ") adalah komited untuk melindungi maklumat peribadi anda dan akan mengambil langkah-langkah untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan Peraturan-peraturan Perlindungan Data Peribadi 2013 termasuk semakan semula. Dasar Privasi ini ("Dasar") memaklumkan mengenai penggunaan dan perlindungan ke atas maklumat peribadi anda.

Dasar Privasi ini merupakan penambahan kepada Terma-terma & Syarat-syarat Penggunaan dan memberi penerangan bagaimana maklamat dikumpul dan diterima semasa anda menggunakan laman web Mudah.my, aplikasi-aplikasi rasmi Android atau iOS kami dan semua sub-laman web yang berkenaan ("Laman"). Ia juga memberi keterangan mengenai pengumpulan, penggunaan dan perkongsian maklumat peribadi anda.

Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Pengumpulan Maklumat Peranti

MPJ menggunakan Google Analitis untuk mengumpul maklumat khusus peranti (seperti model perkakasan anda, versi sistem pengendalian, pengecam peranti unik, maklumat rangkaian mudah alih dan maklumat lokasi umum). Maklumat ini digunakan hanya untuk menambah baik aplikasi yang ada.

Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat

Untuk pengalaman yang lebih baik semasa menggunakan Perkhidmatan kami, kami mungkin memerlukan anda memberikan kami maklumat tertentu yang boleh dikenal pasti secara peribadi, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor telefon dan alamat pos anda. Maklumat yang kami kumpulkan akan digunakan untuk menghubungi atau mengenal pasti anda.

Pengumpulan Maklumat Lokasi

Dalam sesetengah aplikasi yang dibangunkan oleh MPJ, memerlukan GPS untuk dihidupkan supaya salah satu ciri berfungsi dengan betul. Tetapi pihak MPJ tidak mengumpul maklumat lokasi anda dengan terperinci ke pelayan kami. MPJ hanya mengumpulkan lokasi umum anda ke Google Analitis, seperti bandar atau negara anda.

Kebenaran Akses Melalui Mikrofon

Dalam sesetengah aplikasi yang dibangunkan oleh MPJ, memerlukan akses melalui mikrofon dalam peranti anda supaya salah satu ciri berfungsi dengan betul. Ini digunakan untuk aplikasi yang mempunyai ciri perakam. Anda mesti tahu, kami tidak mengumpul fail hasil rakaman anda ke pelayan kami.

Kebenaran Akses Melalui Storan Dalam Peranti

Dalam sesetengah aplikasi saya, saya perlu mengakses storan dalam peranti anda supaya salah satu ciri berfungsi dengan betul. Ini digunakan untuk aplikasi yang terdapat pemuat turun, saya memerlukannya supaya anda boleh memuat turun fail keperluan aplikasi dari pelayan saya ke storan anda. Supaya ciri tersebut boleh diakses dengan luar talian. Anda mesti tahu, tiada aplikasi saya yang mencuri data daripada storan dalam peranti pengguna ke pelayan saya.

Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Besar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Majlis Perbandaran Jasin,
Vista Alamanda,
77000 Jasin, Melaka.

G : 2.29484, 102.41080

T : +606 - 333 3333
C : +606 - 529 5555
F : +606 - 529 3537
E : info@mpjasin.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 28 Februari 2024, 04:08:19.
00646640

Penafian : Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini pelayar Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1366 x 768.

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Jasin

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

MELAKAPAY

privasi

Premis Bercukai di kawasan Majlis Perbandaran Jasin