Latar Belakang

Image

 Penubuhan Majlis Daerah Luar Bandar Jasin (Jasin Rural District Council) telah diwartakan dibawah seksyen 399, Municipal Ordinan yang berkuatkuasa mulai 23 Ogos 1957. Dengan berkuatkuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), maka pada 1 Julai 1978, Majlis Daerah Luar Bandar Jasin telah disusun semula dan dinamakan sebagai Majlis Daerah Jasin. 

Pada 1 Januari 2007, Majlis Daerah Jasin telah dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Jasin melalui Warta Kerajaan yang disiarkan pada 28 Disember 2006. Majlis Pengisytiharan rasmi telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama, Yang Dipertua Negeri Melaka pada 17 Januari 2007 di Stadium Jasin. Pejabat Majlis Perbandaran Jasin terletak di Jalan Besar Jasin. Bangunan pejabat ini telah dibina pada 12 Mei 1937 oleh Persatuan India Jasin semasa pemerintahan Raja George VI. 

Sejarah Bangunan MPJ
Bangunan ini pernah dijadikan oleh Inggeris sebagai Pusat Pentadbiran Daerah. Kini bangunan ini telah disenaraikan di bawah Enakmen Pemugaran Negeri Melaka. 

Daerah Jasin merupakan daerah terbesar (41.47%) dalan negeri Melaka, diikuti Daerah Alor Gajah (40.48%) dan Daerah Melaka Tengah (18.05%). Luas keseluruhan Daerah Jasin ialah 67,799 hektar (678 km persegi). Kawasan yang bersempadan dengan Daerah Jasin ialah Daerah Melaka Tengah (bahagian selatan), Daerah Alor Gajah (bahagian barat), Daerah Muar, Johor (bahagian timur) dan Daerah Tampin, Negeri Sembilan (bahagian utara). 

Daerah Jasin dibahagikan kepada 20 mukim. Hampir 75% bentuk mukabumi di Daerah Jasin adalah landai kerana berada di bawah ketinggian 50 meter dan sesuai untuk aktiviti pertanian. Terdapat sebuah empangan di Mukim Jus iaitu Empangan Jus yang membekalkan air kepada penduduk daerah dan sekitar.

Pembangunan di Daerah Jasin lebih tertumpu di Bandar Jasin, Pekan Merlimau dan Pekan Selandar yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran daerah, pusat perdagangan dan pusat perindustrian.

*Sila klik pada peta di atas untuk paparan yang lebih jelas.

Majlis Perbandaran Jasin,
Vista Alamanda,
77000 Jasin, Melaka.

G : 2.29484, 102.41080

T : +606 - 333 3333
C : +606 - 529 5555
F : +606 - 529 3537
E : info@mpjasin.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Isnin 20 Mei 2024, 04:58:10.
00659752

Penafian : Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini pelayar Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1366 x 768.

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Jasin

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

MELAKAPAY

privasi

Premis Bercukai di kawasan Majlis Perbandaran Jasin