Perutusan YDP
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
ASSALAMMUALAIKUM W.B.T
SALAM SEJAHTERA
SALAM MPJ PRIHATIN DIHATIKU
Syukur Alhamdulillah kerana atas limpah kurnia dan izinNya kita dapat meneruskan usaha dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab mengurus dan mentadbir MPJ kearah kemajuan dan pembangunan yang lebih cemerlang serta perkhidmatan dan layanan yang lebih baik kepada pelanggan.
Penyediaan laman web ini merupakan salah satu inisiatif yang diambil oleh pihak pengurusan Majlis untuk memberikan informasi terkini dengan lebih cepat, tepat, mudah dan berkesan bertepatan dengan visi MPJ iaitu 'Jasin Ke Arah Perbandaran Lestari, Selamat dan Sejahtera.'
Dalam merealisasikan dan memenuhi kehendak masyarakat setempat selaras dengan kehendak semasa pelancaran slogan MPJ Prihatin Dihatiku telah dilaksanakan agar semua lapisan masyarakat dapat merasai impak aktiviti dan tindakkan yang dibuat oleh pihak majlis. Pelancaran i-kepoh daripada pihak KPKT dan SISPAA daripada Jabatan Ketua Menteri merupakan salah satu usaha yang telah di jalankan bagi memudahkan masyarakat dalam membuat aduan terus kepada pihak majlis dengan lebih teratur dan sistematik.
Sebagai sebuah agensi kerajaan yang sentiasa dekat dengan rakyat dan bersedia dalam setiap perkhidmatan dalam memberikan keselesaan dan kesejahteraan kepada masyarakat, Majlis sentiasa berusaha menyediakan maklumat yang tepat serta memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam setiap tindakkan yang akan dijalankan.
Laman web ini adalah salah satu wadah komunikasi yang yang digunapakai dalam memberi kemudahan kepada rakyat untuk menyalurkan aduan, maklumat mahupun mendapatkan sebarang info dengan cepat dan berkesan.
Sehubungan dengan itu, saya berharap agar laman web MPJ ini dapat memberi manfaat yang terbaik kepada semua pengguna dan manfaatkanlah ia sebaiknya.
Selamat Melayari Laman Web MPJ
MPJ Prihatin Dihatiku
Sekian, Terima Kasih.
YBrs. Tuan Mohd Shaiful Hizam bin Johan
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN JASIN