Hubungi Kami

Majlis Perbandaran Jasin,
Vista Alamanda,
77000 Jasin, Melaka.

Telefon : 06-3333 333/ 06 - 5291245 / 06 - 5291811 / 06 - 5291994
Faks : 06 - 5293537
E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Terma & Syarat

Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan portal serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan di portal ini.

Sekiranya anda mengakses portal ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat ini dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan kami, bagi akses dan/atau penggunaan portal ini.

Syarat-syarat ini akan menggantikan syarat-syarat terdahulu yang anda terima atau akses menerusi portal ini. Penggunaan dan/atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini.

Had Tanggungjawab

Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:

  1. penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini;
  2. kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada portal ini;
  3. akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;
  4. kenyataan atau tindakan pihak ketiga di portal ini; atau
  5. perkara-perkara lain yang berkaitan dengan portal ini.
Pemulangan / Pembatalan Bayaran

Sebarang bayaran yang telah dibuat oleh anda melalui portal ini sama ada melalui kaedah FPX, kad debit / kredit atau e-wallet tidak boleh dibatalkan atau dituntut semula.  Sekiranya berlaku kesilapan memilih tujuan bayaran semasa anda membuat bayaran, pihak kami boleh memindahkan amaun bayaran berkenaan kepada tujuan bayaran yang sebenar dalam tempoh 30 hari selepas menerima permohonan dari pihak pembayar.

Pautan

Kami boleh menyediakan pautan kepada laman web yang lain. Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, kami tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman atau sumber tersebut.

Penamatan

Kami boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan berkuatkuasa serta-merta. Kami boleh juga menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan portal menerusi akaun tersebut bagi suatu tempoh tertentu. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.

Perubahan kepada Syarat-syarat Perkhidmatan

Kami mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan portal atau dalam keadaan di luar kawalan, di mana kami mendapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini, ia akan berbuat demikian tanpa notis terdahulu kepada anda.

Adalah dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini.

Pengubahsuaian kepada Perkhidmatan

Kami mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.

Umum

Tajuk-tajuk yang digunakan di bawah syarat-syarat ini hanya untuk rujukan dan tidak boleh diambilkira dalam tafsiran syarat-syarat ini.

Sekiranya mana-mana peruntukan syarat-syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang atau peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan syarat-syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan syarat-syarat ini bersama-sama peruntukan lain akan berkuatkuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau yang tidak sah.

Dasar Privasi

Majlis Perbandaran Jasin ("MPJ") adalah komited untuk melindungi maklumat peribadi anda dan akan mengambil langkah-langkah untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan Peraturan-peraturan Perlindungan Data Peribadi 2013 termasuk semakan semula. Dasar Privasi ini ("Dasar") memaklumkan mengenai penggunaan dan perlindungan ke atas maklumat peribadi anda.

Dasar Privasi ini merupakan penambahan kepada Terma-terma & Syarat-syarat Penggunaan dan memberi penerangan bagaimana maklamat dikumpul dan diterima semasa anda menggunakan laman web Mudah.my, aplikasi-aplikasi rasmi Android atau iOS kami dan semua sub-laman web yang berkenaan ("Laman"). Ia juga memberi keterangan mengenai pengumpulan, penggunaan dan perkongsian maklumat peribadi anda.

Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Pengumpulan Maklumat Peranti

MPJ menggunakan Google Analitis untuk mengumpul maklumat khusus peranti (seperti model perkakasan anda, versi sistem pengendalian, pengecam peranti unik, maklumat rangkaian mudah alih dan maklumat lokasi umum). Maklumat ini digunakan hanya untuk menambah baik aplikasi yang ada.

Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat

Untuk pengalaman yang lebih baik semasa menggunakan Perkhidmatan kami, kami mungkin memerlukan anda memberikan kami maklumat tertentu yang boleh dikenal pasti secara peribadi, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor telefon dan alamat pos anda. Maklumat yang kami kumpulkan akan digunakan untuk menghubungi atau mengenal pasti anda.

Pengumpulan Maklumat Lokasi

Dalam sesetengah aplikasi yang dibangunkan oleh MPJ, memerlukan GPS untuk dihidupkan supaya salah satu ciri berfungsi dengan betul. Tetapi pihak MPJ tidak mengumpul maklumat lokasi anda dengan terperinci ke pelayan kami. MPJ hanya mengumpulkan lokasi umum anda ke Google Analitis, seperti bandar atau negara anda.

Kebenaran Akses Melalui Mikrofon

Dalam sesetengah aplikasi yang dibangunkan oleh MPJ, memerlukan akses melalui mikrofon dalam peranti anda supaya salah satu ciri berfungsi dengan betul. Ini digunakan untuk aplikasi yang mempunyai ciri perakam. Anda mesti tahu, kami tidak mengumpul fail hasil rakaman anda ke pelayan kami.

Kebenaran Akses Melalui Storan Dalam Peranti

Dalam sesetengah aplikasi saya, saya perlu mengakses storan dalam peranti anda supaya salah satu ciri berfungsi dengan betul. Ini digunakan untuk aplikasi yang terdapat pemuat turun, saya memerlukannya supaya anda boleh memuat turun fail keperluan aplikasi dari pelayan saya ke storan anda. Supaya ciri tersebut boleh diakses dengan luar talian. Anda mesti tahu, tiada aplikasi saya yang mencuri data daripada storan dalam peranti pengguna ke pelayan saya.

Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Besar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Dasar Keselamatan

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Penafian

Majlis Perbandaran Jasin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Majlis Perbandaran Jasin,
Vista Alamanda,
77000 Jasin, Melaka.

G : 2.29484, 102.41080

T : +606 - 333 3333
C : +606 - 529 5555
F : +606 - 529 3537
E : info@mpjasin.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 02 Julai 2024, 08:49:19.
00667993

Penafian : Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini pelayar Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1366 x 768.

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Jasin

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

MELAKAPAY

privasi

Premis Bercukai di kawasan Majlis Perbandaran Jasin