Latar Belakang

*Sila klik pada peta di atas untuk paparan yang lebih jelas.

Penubuhan Majlis Daerah Luar Bandar Jasin (Jasin Rural District Council) telah diwartakan dibawah seksyen 399, Municipal Ordinan yang berkuatkuasa mulai 23 Ogos 1957.  

Dengan berkuatkuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), maka pada 1 Julai 1978, Majlis Daerah Luar Bandar Jasin telah disusun semula dan dinamakan sebagai Majlis Daerah Jasin.

Pada 1 Januari 2007, Majlis Daerah Jasin telah dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Jasin melalui Warta Kerajaan yang disiarkan pada 28 Disember 2006. Majlis Pengisytiharan rasmi telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama, Yang Dipertua Negeri Melaka pada 17 Januari 2007 di Stadium Jasin.

Pejabat  Majlis Perbandaran Jasin terletak di Jalan Besar Jasin. Bangunan pejabat  ini telah dibina pada 12 Mei 1937 oleh Persatuan India Jasin semasa  pemerintahan Raja George VI.

Sejarah Bangunan MPJ

Bangunan ini pernah   dijadikan oleh Inggeris sebagai Pusat Pentadbiran Daerah. Kini bangunan ini telah disenaraikan di bawah Enakmen Pemugaran Negeri Melaka.

Daerah Jasin merupakan daerah terbesar (41.47%) dalan negeri Melaka, diikuti Daerah Alor Gajah (40.48%) dan Daerah Melaka Tengah (18.05%). Luas keseluruhan Daerah Jasin ialah 67,799 hektar (678 km persegi). Kawasan yang bersempadan dengan Daerah Jasin ialah Daerah Melaka Tengah (bahagian selatan), Daerah Alor Gajah (bahagian barat), Daerah Muar, Johor (bahagian timur) dan Daerah Tampin, Negeri Sembilan (bahagian utara). Daerah Jasin dibahagikan kepada 20 mukim. 

Hampir 75% bentuk mukabumi di Daerah Jasin adalah landai kerana berada di bawah ketinggian 50 meter dan sesuai untuk aktiviti pertanian. Terdapat sebuah empangan di Mukim Jus iaitu Empangan Jus yang membekalkan air kepada penduduk daerah dan sekitar. Pembangunan  di Daerah Jasin lebih tertumpu di Bandar Jasin, Pekan Merlimau dan Pekan Selandar yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran daerah, pusat perdagangan dan pusat perindustrian

Perutusan YDP

ydp

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T
SALAM SEJAHTERA
SALAM MPJ PRIHATIN DIHATIKU

Syukur Alhamdulillah kerana atas limpah kurnia dan izinNya kita dapat meneruskan usaha dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab mengurus dan mentadbir MPJ kearah kemajuan dan pembangunan yang lebih cemerlang serta perkhidmatan dan layanan yang lebih baik kepada pelanggan.

Penyediaan laman web ini merupakan salah satu inisiatif yang diambil oleh pihak pengurusan Majlis untuk memberikan informasi terkini dengan lebih cepat, tepat, mudah dan berkesan bertepatan dengan visi MPJ iaitu 'Jasin Ke Arah Perbandaran Lestari, Selamat dan Sejahtera.'

Dalam merealisasikan dan memenuhi kehendak masyarakat setempat selaras dengan kehendak semasa pelancaran slogan “MPJ Prihatin Dihatiku” telah dilaksanakan agar semua lapisan masyarakat dapat merasai impak aktiviti dan tindakkan yang dibuat oleh pihak majlis.  Pelancaran i-kepoh daripada pihak KPKT dan SISPAA daripada Jabatan Ketua Menteri merupakan salah satu usaha yang telah di jalankan bagi memudahkan masyarakat dalam membuat aduan terus kepada pihak majlis dengan lebih teratur dan sistematik.

Sebagai sebuah agensi kerajaan yang sentiasa dekat dengan rakyat dan bersedia dalam setiap perkhidmatan dalam memberikan keselesaan dan kesejahteraan kepada masyarakat, Majlis sentiasa berusaha  menyediakan maklumat yang tepat serta memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam setiap tindakkan yang akan dijalankan.

Laman web ini adalah salah satu wadah komunikasi yang yang digunapakai dalam memberi kemudahan kepada rakyat untuk menyalurkan aduan, maklumat mahupun mendapatkan sebarang info dengan cepat dan berkesan.

Sehubungan dengan itu, saya berharap agar laman web MPJ ini dapat memberi manfaat yang terbaik kepada semua pengguna dan manfaatkanlah ia sebaiknya.

Selamat Melayari Laman Web MPJ

MPJ Prihatin Dihatiku

Sekian, Terima Kasih.

YBrs. Tuan Rosemanizam bin Mohammed Nalif
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN JASIN

Majlis Perbandaran Jasin,
Vista Alamanda,
77000 Jasin, Melaka.

G : 2.29484, 102.41080

T : +606 - 333 3333
C : +606 - 529 5555
F : +606 - 529 3537
E : info@mpjasin.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 02 Julai 2024, 08:49:19.
00667959

Penafian : Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini pelayar Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1366 x 768.

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Jasin

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

MELAKAPAY

privasi

Premis Bercukai di kawasan Majlis Perbandaran Jasin