Jasin Background

Image

Daerah Jasin merupakan daerah terbesar (41.47%) dalan negeri Melaka, diikuti Daerah Alor Gajah (40.48%) dan Daerah Melaka Tengah (18.05%). Luas keseluruhan Daerah Jasin ialah 67,799 hektar (678 km persegi). Kawasan yang bersempadan dengan Daerah Jasin ialah Daerah Melaka Tengah (bahagian selatan), Daerah Alor Gajah (bahagian barat), Daerah Muar, Johor (bahagian timur) dan Daerah Tampin, Negeri Sembilan (bahagian utara). Daerah Jasin dibahagikan kepada 20 mukim.

Hampir 75% bentuk mukabumi di Daerah Jasin adalah landai kerana berada di bawah ketinggian 50 meter dan sesuai untuk aktiviti pertanian. Terdapat sebuah empangan di Mukim Jus iaitu Empangan Jus yang membekalkan air kepada penduduk daerah dan sekitar. Pembangunan di Daerah Jasin lebih tertumpu di Bandar Jasin, Pekan Merlimau dan Pekan Selandar yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran daerah, pusat perdagangan dan pusat perindustrian

Majlis Perbandaran Jasin,
Vista Alamanda,
77000 Jasin, Melaka.

G : 2.29484, 102.41080

T : +606 - 333 3333
C : +606 - 529 5555
F : +606 - 529 3537
E : info@mpjasin.gov.my

  • on Monday 20 May 2024, 04:58:10.
00659755

Disclaimer : The Jasin Municipal Council (MPJ) is not responsible for any loss or damage suffered as a result of using the information on this site.
Best View : Using latest version of Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome with 1366 x 768 resolution.