Tempat Letak Kereta

Image

Pengenalan
Unit Letak Kereta menyediakan perkhidmatan Sewaan Rezab Letak Kereta, Sewaan Petak Letak Kereta, Pembelian Pas-Pas Bulanan dan Permohonan Ejen Jualan Kupon

1. Rezab Letak Kereta
Penyewaan Rezab letak kereta adalah bertujuan memberi kemudahan kepada pelanggan bagi meletak kereta mereka pada bila-bila masa yang dikehendaki. Petak rezab yang disewakan akan dibekalkan dengan papan tanda REZAB akan diletak di atas petak yang dsewa.

  • Papan Tanda
    Pemohon perlu membayar deposit untuk papan tanda tersebut. Deposit akan dipulangkan apabila sewaan rezab tamat. Satu papan tanda adalah untuk satu petak sahaja.
  • Cara-cara membuat permohonan rezab
    Anda boleh datang sendiri ke pejabat untuk mengisi borang . Kemukakan borang yang telah dipenuhkan dengan disertakan bayaran sekali.
  • Sewaan rezab yang dibenarkan
    Premis-premis Perniagaan yang berdaftar
  • Kadar Bayaran
    Sewaan satu petak rezab sebulan sebanyak RM100.00 dan deposit satu papan tanda sebanyak RM200.00
  • Tanggungjawab Penyewa
    • Hendaklah menjaga papan tanda dengan baik semasa penyewaan
    • Kerosakan dan kehilangan papan tanda hendaklah diganti jika tidak deposit tidak akan diproses dan tidak akan dikembalikan

2. Sewaan Letak Kereta
Penyewaan petak letak kereta adalah tertakluk kepada kelulusan dan syarat-syarat penyewaan yang telah ditetapkan oleh pihak MPJ

  • Cara-cara membuat permohonan
    Anda boleh datang sendiri ke pejabat untuk mengisi borang. Kemukakan borang yang telah dipenuhkan dengan disertakan bayaran sekali.
  • Kadar Bayaran
    Sewaan satu petak sehari sebanyak RM10.00 dan deposit kebersihan petak sebanyak RM200.00
  • Tanggungjawab Penyewa
    • Hendaklah menjaga kebersihan dan keselamatan dan tidak mencacatkan semasa penyewaan petak.
    • Sekiranya didapati melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan deposit tidak akan diproses dan tidak akan dikembalikan

3. Pembelian Pas Bulanan
Pas Bulanan Tempat Letak Kereta boleh didapati di Pejabat MPJ di Jabatan Penguatkuasaan (unit letak kereta) dengan harga RM60 sebulan.

4. Kupon Letak Kereta
Kupon letak kereta MPJ telah di gunapakai pada tahun 2006

    • Kadar Bayaran
      • 0.40 sen 1 Jam
      • RM 4.00 1 Buku / 10 keping
      • Kupon-kupon boleh didapati di premis-prmis yang telah dilantik menjadi ejen
  • Cara-cara untuk menjadi ejen kupon
    Anda boleh datang ke Majlis Perbandaran Jasin dengan mengisi borang yang telah disediakan, borang akan diproses dalam masa 3 (tiga) hari bekerja.
  • Kawasan yang perlu dipamerkan Kupon Letak Kereta
    Kawasan yang telah digazetkan serta perlu mempamerkan Kupon Letak Kereta adalah seperti didalam Jadual Perwartaan tempat Letak Kereta Majlis Perbandaran Jasin

Majlis Perbandaran Jasin,
Vista Alamanda,
77000 Jasin, Melaka.

G : 2.29484, 102.41080

T : +606 - 333 3333
C : +606 - 529 5555
F : +606 - 529 3537
E : info@mpjasin.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 18 April 2024, 08:13:26.
00655937

Penafian : Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini pelayar Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1366 x 768.

Portal Rasmi Majlis Perbandaran Jasin

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

MELAKAPAY

privasi

Premis Bercukai di kawasan Majlis Perbandaran Jasin