Pengenalan
Unit Letak Kereta menyediakan perkhidmatan Sewaan Rezab Letak Kereta, Sewaan Petak Letak Kereta, Pembelian Pas-Pas Bulanan dan Permohonan Ejen Jualan Kupon
1. Rezab Letak Kereta
Penyewaan Rezab letak kereta adalah bertujuan memberi kemudahan kepada pelanggan bagi meletak kereta mereka pada bila-bila masa yang dikehendaki. Petak rezab yang disewakan akan dibekalkan dengan papan tanda REZAB akan diletak di atas petak yang dsewa.
- Papan Tanda
Pemohon perlu membayar deposit untuk papan tanda tersebut. Deposit akan dipulangkan apabila sewaan rezab tamat. Satu papan tanda adalah untuk satu petak sahaja.
- Cara-cara membuat permohonan rezab
Anda boleh datang sendiri ke pejabat untuk mengisi borang . Kemukakan borang yang telah dipenuhkan dengan disertakan bayaran sekali.
- Sewaan rezab yang dibenarkan
Premis-premis Perniagaan yang berdaftar
- Kadar Bayaran
Sewaan satu petak rezab sebulan sebanyak RM100.00 dan deposit satu papan tanda sebanyak RM200.00
- Tanggungjawab Penyewa
- Hendaklah menjaga papan tanda dengan baik semasa penyewaan
- Kerosakan dan kehilangan papan tanda hendaklah diganti jika tidak deposit tidak akan diproses dan tidak akan dikembalikan
- 1