MENU

Sebutharga adalah dipelawa kepada Kontraktor Bumiputera yang berdaftar di Melaka serta berdaftar dengan MPJ yang mempunyai sijil sijil berikut iaitu Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB)  berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau kod Bidang yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja-kerja berikut :-

PERKHIDMATAN PEMOTONGAN RUMPUT DAN PEMBERSIHAN LONGKANG (MARRIS) BAGI JALAN INDUSTRI, NEGERI, KAMPUNG, BANDARAN, PEKAN, KAWASAN PERNIAGAAN DAN PELANCONGAN DI DALAM KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN JASIN UNTUK BULAN JANUARI 2021 HINGGA DISEMBER 2021

​1. Dokumen akan mula dijual pada 30 NOVEMBER 2020. Segala butir dan dokumen boleh didapati semasa waktu pejabat.

2. Segala pertanyaan boleh dirujuk kepada Jabatan Landskap & Perkhidmatan Bandar, Majlis Perbandaran Jasin, Melaka.

3. Bayaran boleh dibuat secara TUNAI / WANG POS / WANG KIRIMAN POS / DERAF BANK berharga RM 20.00 per dokumen atas nama Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Jasin, Melaka sebagai bayaran dokumen sebutharga.

4. Taklimat dan Lawatan Tapak adalah TIDAK WAJIB. Pihak kontraktor boleh membuat lawatan tapak sendiri di kawasan atau tapak projek seperti yang dinyatakan dalam dokumen sebutharga / tender bagi mendapat maklumat tambahan yang tepat dan berguna bagi penyediaan sebutharga / tender. Dalam hal ini, sekiranya pihak kontraktor mahu melawat sendiri kawasan atau tapak projek, amalan penjarakan, penggunaan topeng muka (face mask) dan pencuci tangan (hand sanitizer).

5. Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran sebutharga sebelum jam 12.00 tengahari pada 07 DISEMBER 2020 (ISNIN).

6. Majlis tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali atau mana-mana sebutharga. Keputusan adalah muktamad. Sekian.

 

YANG DIPERTUA 

MAJLIS PERBANDARAN JASIN

77000 JASIN.

Tender Closing Date: 
Isnin, 7 Disember 2020
Kemaskini Terakhir: Rabu, 20 Januari 2021 - 3:39pm