MENU

Sebutharga adalah dipelawa kepada Kontraktor Bumiputera yang berdaftar di Melaka serta berdaftar dengan MPJ yang mempunyai sijil sijil berikut iaitu Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau kod Bidang yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja-kerja berikut :-

BUTIR-BUTIR TAWARAN SEBUTHARGA DAN HARGA DOKUMEN
TEMPAT DAN TARIKH DOKUMEN DIJUAL

TARAF DAN SYARAT PENDAFTARAN

Tajuk Projek :
MENAIKTARAF BANGUNAN PASAR BESAR JASIN, MPJASIN

Harga Dokumen : RM 50.00

Bayaran untuk dokumen sebutharga adalah Tunai, Draf Bank atau Kiriman Wang atas nama YDP, MPJ

Tarikh :
19 Mei 2020 (Selasa) hingga 29 Mei 2020 (Jumaat)

Tempat :
Kaunter,
Majlis Perbandaran Jasin, 77000 Jasin, Melaka.

Lawatan Tapak : 
Tidak diwajibkan

Taraf : Bumiputera
Berdaftar dengan CIDB,

Gred : G2 

Kategori : B04

Pengkhususan : Kerja-kerja Am Bangunan

 

2. TARIKH DAN TEMPAT DOKUMEN INI DIKELUARKAN

Dokumen Sebutharga ini boleh diperolehi di Kaunter Majlis Perbandaran Jasin, 77000 Jasin, Melaka. Dokumen ini hanya boleh diperolehi mulai 19 Mei 2020 (Selasa) hingga 29 Mei 2020 (Jumaat) pada waktu pejabat (9.00 pagi hingga 4.30 petang). Syarikat-syarikat yang berminat dikehendaki mengemukakan Sijil-sijil  asal dan  salinan fotokopi Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PP), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) dan Sijil Pendaftaran dengan MPJ ketika membeli dokumen Sebutharga.

 

3. TARIKH DAN TEMPAT TAKLIMAT

Lawatan tapak adalah TIDAK DIWAJIBKAN.

 

4. TARIKH DAN TEMPAT PENYERAHAN

Sebutharga  yang telah dilengkapkan hendaklah ditulis No. Sebutharga dan  tajuk projek di sudut atas sebelah kiri sampul surat serta dimeterai dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Majlis Perbandaran Jasin tidak lewat jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

 

5. MPJ tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.

Attachments: 
Tender Ref: 
S09/2020
Tender Closing Date: 
Jumaat, 29 Mei 2020
Kemaskini Terakhir: Jumaat, 29 Mei 2020 - 10:34am