MENU
Taman Rekreasi Serompong

Kampung penginapan yang berkonsepkan dusun dalam taman terletak kira-kira 16 km dari Bandar Jasin. Kawasan sekitar dilengkapi dengan pelbagai jenis pokok buah-buahan seperti durian, rambutan, ciku serta pisang dan bunga-bungaan. Bermula pada tahun 1993, pemiliknya Tuan Haji Abu Samah telah mengubahsuai kawasan kediamannya menerima kunjungan pelajar-pelajar sekolah dan IPTA yang mengadakan aktiviti perkemahan dan kembara. Disamping itu, beberapa pertubuhan dan agensi-agensi kerajaan juga menggunakan chalet ini sama ada untuk kursus, majlis rasmi ataupun penginapan secara berkumpulan.