MENU

Masjid Jamek yang terletak di Serkam ini telah ditubuhkan pada 1953 yang mana ianya telah didirikan oleh orang terdahulu. Pada asalnya, peneroka-peneroka disini berasal daripada palembang dan dipercayai masjid yang bersejarah ini didirikan secara bergotong-royong oleh penduduk disini.

Bentuk senibinanya seperti pagoda di mana tiang seri di dalam masjid dan atapnya adalah jariah daripada penduduk di sini. Batu-batu merah yang digunakan dipercayai di bawa daripada Pulau Besar dengan menggunakan perahu. Antara keistimewaannya, kayu seri 4 yang menjadi asas utama masjid ini berukuran 20 meter tingginya dipercayai di bawa daripada Lipat Kajang. Mimbarnya juga penuh dengan ukiran yang indah disamping terdapat kata-kata azimat dibawahnya.

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 26 Mei 2023 - 4:07pm