MENU

Jeti Anjung Batu yang terletak kira-kira 24 km dari Bandar Jasin merupakan tempat pelabuhan bot-bot penumpang yang membawa penumpang ke Pulau Besar. Di jeti ini terdapat pelbagai kemudahan-kemudahan infrastruktur yang mana menjadi kemudahan dan keselesaan para pengunjung yang datang. Disamping itu, terdapat beberapa buah gerai yang menjual pelbagai bentuk kraftangan yang pastinya menjadi kenangan untuk dibawa pulang. Para pengunjung juga, boleh menikmati keindahan dengan pemandangan Selat Melaka yang sungguh mempersonakan.