MENU

Anjung Bonda merupakan kawasan penginapan yang merangkumkan konsep pelancongan alam semulajadi (Eco-Tourism) dan pelancongan pertanian (Agro-Tourism).

Kawasan dusun seluas 5 ekar yang dirintangi oleh pertemuan Sungai Tambak Merlang dan Sungai Chohong ini merupakan kawasan yang belum tercemar dan mempunyai latar belakang flora dan fauna yang amat menarik serta berlatarbelakangkan puncak Gunung Ledang.

Aktiviti kehidupan cara kampung juga menggamit pelancong tempatan yang kebanyakkannya dari kalangan penghuni kota yang meminati suasana yang nyaman dan selesa.

Antara destinasi pelancongan yang boleh dilawati di sekitar kawasan Anjung Bonda ialah kawasan Rekreasi Gunung Ledang di Asahan dan perkampungan orang asli di Lubuk Bandong.

Bagi mereka yang ingin menginap sambil menikmati suasana kampung, bolehlah berkunjung ke Anjung Bonda, Sempang Bekoh, Asahan atau menghubungi talian 06-5235475 untuk keterangan lanjut.