Berdasarkan peruntukan yang terdapat dalam Akta 171, Akta 172 dan Akta 133, fungsi MPJ dibahagikan kepada lima bidang utama:
1. Kebersihan Alam Sekitar
- Pengindahan dan Kebersihan Kawasan
- Penyediaan dan Penyelenggaraan Kawasan Rekreasi
- Pemantauan dan Penyelenggaraan Kawasan Lapang / Hijau
- Penyediaan dan Penyelenggaraan Sistem Perparitan
2. Kesihatan Awam
- Kawalan Pelesenan Premis Perniagaan
- Kawalan Kebersihan Premis Makanan
- Kawalan Vektor, Rodensia dan Haiwan Terbiar
3. Pembangunan
- Mengawal Pembangunan Melalui Rancangan Struktur Dan Rancangan Tempatan
- Mengawal Dan Menguatkuasa Kelulusan Pelan Pembangunan
- Mengawal Dan Menguatkuasa Kelulusan Pelan Kerja Tanah
- Mengawal Dan Menguatkuasa Kelulusan Pelan Jalan Dan Parit
- Mengawal Dan Menguatkuasa Kelulusan Pelan Landskap
- Mengawal Dan Menguatkuasa Kelulusan Pelan Lampu Awam
- Mengawal Dan Menguatkuasa Permit Bangunan Sementara
4. Kemudahan Awam dan Infrastruktur
- Menyediakan dan Menyelenggara Kemudahan Awam
- Menyediakan dan Menyelenggara Infrastruktur Perbandaran
- Menguruskan dan Menyelenggara Tempat Letak Kereta
5. Sosial
- Program-Program Kemasyarakatan (Kebudayaan, Sosial, Agama, Belia, Sukan)
- Program Bandar Selamat
- Program Local Agenda 21
- Bantuan Bencana Alam