MENU

Tempoh kelulusan akan diberikan bermula dari 24 April 2020 sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau tertakluk kepada arahan Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan.

 

Peniaga hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut:

  1. Semua pengendali makanan hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan dan suntikan anti-tifoid serta menghadiri Kursus Pengendalian Makanan.
  1. Semua peniaga dikehendaki memastikan tahap kebersihan diri sentiasa dalam keadaan baik dan bebas daripada segala penyakit.
  1. Semua peniaga perlu mengamalkan kaedah pengendalian makanan yang mematuhi garis panduan kesihatan dan kebersihan makanan.
  1. Semua peniaga perlu mengamalkan kaedah pengendalian makanan yang mematuhi garis panduan kesihatan dan kebersihan makanan
  1. Peniaga dinasihatkan supaya menerima bayaran urusniaga dari pelanggan secara atas talian (online) dan tanpa tunai.
  1. Sebarang urusan penghantaran hendaklah menggunakan hand sanitizer sebelum dan selepas penghantaran.
  1. Sekiranya peniaga membuat penghantaran sendiri tanpa menggunakan khidmat penghantar, peniaga dan juga pembantu masing-masing dikehendaki melaksanakan saringan kesihatan di mana-mana klinik kesihatan yang berhampiran.
  1. Peniaga dikehendaki memakai penutup muka (face mask) setiap masa ketikapenghantaran sekiranya melaksanakan penghantaran sendiri.
  1. Peniaga juga perlu memastikan jarak selamat dengan pelanggan sekurang-kurangnya 1 meter jika melaksanakan penghantaran sendiri.
Kemaskini Terakhir: Jumaat, 18 September 2020 - 11:03am